GEMPA BUMI: PM BANGGA DENGAN PASUKAN PENYELAMAT MALAYSIA DI TURKIYE
Pasukan SAR negara yang terdiri daripada anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia yang ditempatkan di Nurdagi telah menunjukkan pengorbanan dan keupayaan luar biasa yang boleh dibanggakan.
GAZIANTEP:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bangga beliau dan rakyat Malaysia di atas kecekapan dan tahap profesionalisme pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang bertugas membantu mangsa gempa bumi di Nurdagi di sini.
Beliau berkata pasukan SAR negara yang terdiri daripada anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia yang ditempatkan di Nurdagi telah menunjukkan pengorbanan dan keupayaan luar biasa yang boleh dibanggakan.
“Saya bangga sekali dengan pasukan kita yang telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa, pengorbanan yang luar biasa.
“Gabenor dan wakil gabenor di sini (Nurdagi) turut menyatakan bahawa pasukan kita menunjukkan dedikasi yang luar biasa. Saya bagi pihak seluruh rakyat ingin mengucapkan penghargaan dan doa kepada Allah SWT, mudah-mudahan beban rakyat di sini diringankan dan kita (Malaysia) akan buat sedaya upaya untuk membantu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kem pasukan SAR negara di Stadium Nurdagi di sini, Rabu.
Anwar berkata sehingga semalam (Selasa), Malaysia telah berjaya mengumpul dana bantuan bencana di Turkiye sebanyak RM30 juta dan beliau akan berjumpa dengan Presiden Turkiye Reccep Tayyip Erdogan untuk menyampaikan bantuan berkenaan selain doa dan simpati rakyat Malaysia.
Terdahulu, Anwar meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat dan mendengar taklimat operasi pasukan SAR negara.
Ketibaan beliau di sini pada 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) yang diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, disambut oleh Timbalan Komander Kontinjen SAR negara DSP Safrizan Suhaini dan Ketua Pasukan MAS-10 Abdul Manaf Che Isa.
Anwar kemudian diberi taklimat ringkas pengoperasian pasukan SAR negara oleh Safizan sebelum dibawa melihat peralatan dan kelengkapan SAR, serta dua anjing pengesan Frankie dan Denti yang dibawa ke sini.
Perdana Menteri kemudian turut berkesempatan memenuhi permintaan anggota pasukan SAR negara untuk duduk di atas padang bagi bergambar beramai-ramai sebagai pemangkin semangat, yang sekali gus menceriakan kem pasukan SAR negara.
Anwar dalam rangka lawatan mengejut ke Turkiye atas dasar persahabatan dan permintaan Erdogan yang telah dua kali menghubunginya meminta beliau ke Turkiye.
Beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Erdogan di Ankara.
Pada 11 Feb lepas, Anwar telah berhubung dengan Erdogan sejurus tiba daripada lawatan rasmi di Bangkok, Thailand bagi menyampaikan ucapan takziah serta doa atas kejadian bencana itu.
Perdana Menteri telah menunjukkan komitmen dan solidariti kepada rakyat Turkiye dengan menghantar dua pasukan SMART termasuk dua anjing pengesan (K9) serta membina Hospital Medan Malaysia Tahap Tiga yang dikendalikan Angkatan Tentera Malaysia.
Selain bantuan tenaga kerja bagi misi SAR, Malaysia turut menyalurkan bantuan dana kemanusiaan kepada Turkiye dan Syria sebanyak RM20 juta.
Pada 6 Feb lepas, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Ritcher telah melanda kawasan selatan Turkiye serta Syria, dan setakat 13 Feb, dilaporkan bilangan kematian mencecah 31,644 orang, dengan 106,428 lagi cedera, manakala di Syria pula, 5,329 orang maut dan 14,500 orang cedera.
Setakat semalam pasukan SAR negara telah mengeluarkan 47 mayat dan menyelamatkan lima sekeluarga.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked