Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TH UMUM AGIHAN KEUNTUNGAN 3.5 PERATUS BAGI TAHUN KEWANGAN 2025, MENINGKAT BERBANDING 2024

DALAM NEGARA

TH UMUM AGIHAN KEUNTUNGAN 3.5 PERATUS BAGI TAHUN KEWANGAN 2025, MENINGKAT BERBANDING 2024

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, melibatkan RM3.22 bilion yang memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, melibatkan RM3.22 bilion yang memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit di seluruh negara.

Agihan ini lebih tinggi berbanding 3.25 peratus bagi tahun 2024, mencerminkan prestasi kewangan yang lebih baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, agihan keuntungan tersebut ditetapkan selepas mengambil kira zakat sebanyak 2.577 peratus berjumlah RM95.3 juta, bagi pihak pendeposit, kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN).

Agihan ini dibuat selaras dengan Akta Tabung Haji 1995, selepas penyata kewangan TH bagi tahun 2025 selesai diaudit oleh Jabatan Audit Negara.

Sejak penubuhannya 62 tahun lalu, TH telah mengagihkan sebanyak RM49.0 bilion keuntungan secara kumulatif kepada para pendeposit. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading