GISBH: KPM AMBIL ALIH ASPEK PENDIDIKAN KANAK-KANAK TERJEJAS MULAI 1 OKT – FADHLINA
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil alih aspek pendidikan bagi lebih 300 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global mulai 1 Okt ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan hari ini. — Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil alih aspek pendidikan bagi lebih 300 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global mulai 1 Okt ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata program pendidikan untuk kanak-kanak tercicir berkenaan, yang tidak mendapat sebarang pendidikan formal sebelum ini, akan menggunakan modul khas di tempat perlindungan mereka sekarang.
“Proses pendidikan itu akan berlaku di tempat mereka dilindungi. Ketika ini mereka sedang melalui beberapa penilaian termasuk aspek 3M (membaca, menulis, mengira) dan psikososial.
“Selepas selesai semua sesi, baru KPM akan ambil alih bagi aspek pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan KPM di sini hari ini.
Fadhlina berkata pendidikan berdasarkan modul khas itu mengikut tiga kohort iaitu prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Program pendidikan itu melibatkan pelaksanaan fasa pertama selama dua bulan dan akan dilanjutkan ke fasa kedua bagi bulan berikutnya sekiranya terdapat keperluan.
Fadhlina berkata pengambilalihan oleh KPM antara lain bertujuan memastikan kanak-kanak terlibat mendapat peluang pembelajaran sama seperti kanak-kanak lain.
“Kita ambil berat, kita ada komitmen tinggi untuk pastikan anak-anak ini mengikuti sepenuhnya pendidikan (kerana) kita bimbang sekiranya mereka ketinggalan sepanjang tempoh siasatan berkaitan,” katanya.
Ditanya sama ada ibu bapa kanak-kanak itu akan diambil tindakan di bawah Akta Pendidikan 1996, Fadhlina berkata pihaknya akan meneliti perkara tersebut memandangkan mereka telah dinafikan hak untuk bersekolah dan mendapat pendidikan wajib.
“Pasukan undang-undang sedang teliti dan jika ada tindakan diambil akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan polis menerusi Op Global menyelamatkan 402 individu, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun dalam serbuan di 20 rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan kerana disyaki menjadi mangsa eksploitasi. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked