BELANJAWAN 2025: PERTIMBANG PERUNTUKAN TAMBAHAN NAIK TARAF SISTEM MYEHALAL
KUALA LUMPUR: Peruntukan tambahan diperlukan dalam Belanjawan 2025 bagi menaik taraf Sistem Pensijilan Halal Malaysia (MYeHALAL) sebagai usaha mempercepatkan proses permohonan dan pensijilan halal pada masa depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika ditemubual pemberita pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar dan Penyampaian Insentif Galakan Hafazan Al-Quran Tahun 2024M/1446H di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Peruntukan tambahan diperlukan dalam Belanjawan 2025 bagi menaik taraf Sistem Pensijilan Halal Malaysia (MYeHALAL) sebagai usaha mempercepatkan proses permohonan dan pensijilan halal pada masa depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pembangunan dan penambahbaikan sistem itu antara tumpuan yang dicadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Mohd Na’im berkata beliau sendiri telah menyertai sesi libat urus bersama Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan menyatakan pelbagai hasrat serta cadangan termasuk usaha menaik taraf MYeHALAL.
“Seperti sekarang isu halal antara perkara yang dibangkitkan, justeru kami telah memohon pertimbangan bagi peruntukan tambahan untuk pembangunan sistem digital itu.
“Kementerian lain turut membawa hasrat masing-masing dan kita serahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan untuk menentukan dan meletakkan keutamaan dalam Belanjawan ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecermerlangan Akademik Pelajar dan Penyampaian Insentif Galakan Hafazan Tahun 2024M/1446H di sini hari ini.
Beliau berkata dalam Belanjawan 2024, sebanyak RM1.9 bilion diperuntukkan untuk pengurusan dan pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini iaitu meningkat berbanding RM1.5 bilion pada 2023.
“Saya harapkan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan tidak lama lagi akan terus memberikan perhatian kepada aspek pentadbiran Islam sekali gus memartabatkan pembangunan syiar Islam di Malaysia,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa JAKIM sedang mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran serta syarikat makanan memiliki sijil halal.
Belanjawan 2025 bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera” dijadual dibentangkan di Parlimen pada 18 Okt ini. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager