Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GURU AGAMA SABAH PERLU TAULIAH, PASTIKAN PENYAMPAIAN BERKUALITI – HAJIJI

DALAM NEGARA

GURU AGAMA SABAH PERLU TAULIAH, PASTIKAN PENYAMPAIAN BERKUALITI – HAJIJI

KOTA KINABALU: Guru-guru agama di Sabah perlu memperolehi tauliah mengajar yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Sabah bagi memastikan penyampaian mereka memenuhi kualiti.

Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Guru-guru agama di Sabah perlu memperolehi tauliah mengajar yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Sabah bagi memastikan penyampaian mereka memenuhi kualiti.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ini bagi memastikan agenda yang menyimpang dapat dikawal selain menjaga keharmonian hubungan kaum dalam masyarakat di negeri itu daripada anasir tidak baik.

Beliau berkata menjadi tanggungjawab setiap guru agama untuk memahami, menghayati dan mendidik masyarakat untuk terus celik ilmu agama supaya amalan seharian masyarakat berpandukan syariat Islam.

“Sesungguhnya, cabaran dalam mendepani gelombang perubahan zaman yang melanda ummah pada hari ini amat besar. Oleh itu, kepentingan peranan ulama dan umara atau pemimpin tidak dapat dinafikan dalam memastikan kesejahteraan serta keharmonian masyarakat.

“Keprihatinan terhadap kepentingan semua lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang amat penting dalam memastikan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan perpaduan dapat direalisasikan,” katanya pada majlis perasmian program Jelajah Madani Ulama’ dan Umara’ (JMUU) Peringkat Negeri Sabah 2024 di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Hajiji juga meminta supaya semua pihak dapat mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat termasuk mendidik golongan muda ke arah kebaikan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading