JENAZAH CIKGU ISTIQOMAH DITUNTUT AHLI KELUARGA DI HOSPITAL MELAKA
Jenazah Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, guru wanita yang dibunuh kejam dan mayatnya ditemukan dalam keadaan tragis di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, tahun lepas dituntut ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Melaka hari ini.
MELAKA: Jenazah Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, guru wanita yang dibunuh kejam dan mayatnya ditemukan dalam keadaan tragis di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, tahun lepas dituntut ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Melaka hari ini.
Beberapa ahli keluarga berpakaian hitam tiba di Unit Forensik berkenaan kira-kira 11.40 pagi dan jenazah dibawa keluar daripada hospital pada 2.10 petang.
Bagaimanapun, waris mangsa enggan ditemui pemberita.
Jenazah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di hospital berkenaan sebelum dibawa pulang ke Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata keluarga mangsa yang hadir di Hospital Melaka turut diberi penerangan oleh doktor bertugas mengenai keadaan jenazah.
“Saya rasa semua dah tahu ada lagi beberapa anggota badan yang masih belum ditemukan, jadi bukan keadaan sempurnalah jenazah ini.
“(Bagaimanapun) keluarga dapat terima keadaan (jenazah) setelah diberi penerangan oleh doktor,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Melaka di sini hari ini.
Mengulas mengenai kes berkenaan, Ashari berkata setakat ini hanya seorang suspek dikenal pasti terlibat dalam kes pembunuhan kejam berkenaan dan siasatan masih berjalan.
Terdahulu, seorang lelaki yang juga bekas guru Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas pertuduhan membunuh.
Dia mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes berkenaan terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pada 6 Jan lepas, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki di dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang.
Selepas lapan bulan, Ashari mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah, seorang guru yang dilaporkan hilang pada 27 Dis 2023.
Susulan itu, Bahagian Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, menahan pasangan suami isteri berumur 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager