Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA BUKAN KALI PERTAMA BANTU WARGA ASING YANG DITINDAS

DALAM NEGARA

MALAYSIA BUKAN KALI PERTAMA BANTU WARGA ASING YANG DITINDAS

KUBANG PASU: Tindakan Malaysia membawa rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis mendapatkan perlindungan di negara ini bukan bantuan kali pertama.

Antara rakyat Palestin yang diterbangkan ke Malaysia. – AFP

KUBANG PASU: Tindakan Malaysia membawa rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis mendapatkan perlindungan di negara ini bukan bantuan kali pertama.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebelum ini bantuan sama juga pernah diberikan membabitkan rakyat beberapa negara seperti Vietnam, Afghanistan, dan Bosnia Herzegovina, sekali gus menjadi bukti keprihatinan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Malaysia tatkala sesebuah negara menghadapi ujian dan ketidaktentuan yang membawa kepada kehilangan nyawa dan harta benda, kita selalunya mainkan peranan yang berkesan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kibar Jalur Gemilang peringkat Kedah 2024 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Tambahnya, mereka yang terlibat juga dihantar pulang ke negara asal masing-masing sebaik konflik selesai atau dihantar ke negara yang menerima kemasukan pelarian.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution menyatakan langkah yang diambil kerajaan dalam menerima kemasukan rakyat Palestin bagi rawatan adalah kerana bersimpati dengan nasib mereka akibat kekejaman Israel.

Jumaat lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan kesemua 41 pesakit rakyat Palestin yang diterbangkan ke Malaysia ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur untuk diberikan rawatan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading