KOTA KINABALU: Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat berjumlah RM2,082,343.25 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.
Penyerahan zakat oleh TH itu disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
“Tabung Haji telah menyerahkan zakat berjumlah RM2,082,343.25 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
“Moga dengan serahan zakat ini dapat membantu golongan asnaf. Semoga Allah memberkati semua urusan kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook Mohd Naim.
Kunjungan hormat itu turut disertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif serta Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin.—AlHijrah Online