Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

88 KES MPOX DI INDONESIA

DUNIA

88 KES MPOX DI INDONESIA

JAKARTA: Indonesia merekodkan sekurang-kurangnya 88 kes mpox, yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, dari 2022 hingga tahun ini, dengan wilayah Jakarta menjadi yang paling teruk terjejas, menurut Kementerian Kesihatan.

Pemangku Ketua Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Dr Yudhi Pramono mendedahkan bahawa taburan kes termasuk 59 di Jakarta, 13 di Jawa Barat, sembilan di Banten, masing-masing tiga di Jawa Timur dan Yogyakarta dan satu di Kepulauan Riau.

“Daripada jumlah itu, 87 kes telah pulih. Kemuncak kes mpox yang disahkan berlaku pada Oktober 2023, seperti yang ditunjukkan dalam trend mingguan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau menegaskan bahawa varian Clade IIb, yang mempunyai kadar kematian yang lebih rendah dan kebanyakannya tersebar melalui hubungan seksual, terlibat dalam 54 daripada kes itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading