MINDEF TIDAK LANTIK NGO BAGI KUTIP DANA BANTU RAKYAT PALESTIN – KHALED
Kementerian Pertahanan tidak melantik mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengutip dana bagi membantu membiayai kos rawatan rakyat Palestin yang sedang dirawat di dalam negara ketika ini.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan tidak melantik mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengutip dana bagi membantu membiayai kos rawatan rakyat Palestin yang sedang dirawat di dalam negara ketika ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ada medium atau saluran sendiri yang membolehkan mana-mana pihak untuk menyalurkan sumbangan.
“Kementerian tidak menggunakan (dan) juga tidak menyokong mana-mana (NGO mengutip dana) sebab kementerian atau hospital tentera ada talian sendiri. Bagi sesiapa yang mahu menyumbang, boleh melalui talian berkenaan buat masa ini.
“Buat ketika ini jika ada pihak yang kononnya (kutip dana) untuk mangsa rakyat Palestin yang sedang dirawat, saya minta – periksa dahulu dengan pihak kami. Kita memang mengalu-alukan orang yang nak tolong, tapi tolong secara terus menerusi talian yang kita buka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat kementerian 2024 di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini, hari ini.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Pemangku Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain dan Timbalan Panglima Tentera Darat mewakili Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.
Sementara itu Mohamed Khaled berkata rakyat Palestin yang dibawa masuk ke negara ini tiga hari lepas, sedang menerima rawatan dan dijaga dengan baik.
“Keadaan mereka ketika ini baik. Kita beri rawatan yang rapi dan sewajarnya. Buat masa ini mereka sedang dirawat. Bukan boleh dirawat sehari sahaja, kerana kecederaan yang dialami memerlukan rawatan panjang,” katanya.
Jumaat lepas dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa 41 pesakit dan 86 waris mereka, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang, Selangor kira-kira pukul 2 petang.
Kesemua pesakit dibawa ke hospital medan yang didirikan di hangar pangkalan udara berkenaan bagi saringan kesihatan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests