Pada 6 Jan lepas, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki di dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini.
ALOR GAJAH: Seorang lelaki yang merupakan bekas guru dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang guru wanita pada hujung tahun lepas.
Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes tersebut terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mohd Fadzly yang tidak diwakili peguam dituduh membunuh Istiqomah Ahmad Rozi, 33, di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang di sini, antara 26 hingga 31 Dis 2023.
Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nazrin Ali Rahim yang tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan itu berkaitan kes bunuh dan memohon tarikh bagi laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) serta bedah siasat.
Teoh kemudiannya menetapkan 22 Okt depan bagi tarikh serahan laporan DNA dan bedah siasat.
Terdahulu, pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Gajah dipenuhi pengamal media yang membuat liputan mengenai kes berkenaan seawal 8 pagi.
Beberapa ahli keluarga mangsa turut kelihatan menghadiri prosiding itu sebelum ke Hospital Melaka bagi urusan tuntutan jenazah.
Pada 6 Jan lepas, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki di dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini.
Selepas kira-kira lapan bulan, pada 12 Ogos lepas Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah, seorang guru yang dilaporkan hilang pada 27 Dis 2023.
Susulan itu, Bahagian Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, menahan pasangan suami isteri berumur 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests