Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PELURU BERPANDU AS MUSNAHKAN TANGKI AIR DI SELATAN IRAN

DUNIA

PELURU BERPANDU AS MUSNAHKAN TANGKI AIR DI SELATAN IRAN

Dua tangki simpanan air strategik di daerah Sirik, selatan Iran dilaporkan musnah dalam serangan peluru berpandu yang didakwa dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) awal pagi Rabu, sekali gus menjejaskan bekalan air minum ke beberapa kampung.

TEHRAN: Dua tangki simpanan air strategik di daerah Sirik, selatan Iran dilaporkan musnah dalam serangan peluru berpandu yang didakwa dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) awal pagi Rabu, sekali gus menjejaskan bekalan air minum ke beberapa kampung.

Menurut Agensi Berita Mehr, Pengarah Urusan Syarikat Air dan Air Sisa Wilayah Hormozgan, Abdolhamid Hamzehpour berkata, serangan itu berlaku beberapa jam sebelum subuh dengan menyasarkan infrastruktur utama pengagihan air.

Beliau berkata, sebuah tangki berkapasiti 500 meter padu dan sebuah lagi berkapasiti 2,000 meter padu musnah sepenuhnya akibat serangan tersebut.

Kedua-dua tangki itu merupakan komponen penting dalam sistem bekalan air minum bagi daerah Bemani dan bandar Kuhestak.

“Bekalan air ke semua kampung di Bemani dan bandar Kuhestak telah terjejas,” katanya.

Menurut beliau, pasukan operasi dan pengurusan krisis kini sedang melaksanakan langkah-langkah alternatif bagi memastikan bekalan air kepada penduduk dapat diteruskan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading