Connect with us

ALHIJRAH NEWS

POLIS TUMPASKAN SUSPEK CURI PETI WANG PENJUAL NASI LEMAK

DALAM NEGARA

POLIS TUMPASKAN SUSPEK CURI PETI WANG PENJUAL NASI LEMAK

Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian peti wang dan telefon bimbit milik seorang penjual nasi lemak di Jalan Lebuh Meru Raya yang sebelum ini tular di media sosial.

IPOH: Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian peti wang dan telefon bimbit milik seorang penjual nasi lemak di Jalan Lebuh Meru Raya yang sebelum ini tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, suspek masing-masing berusia 24 dan 36 tahun itu diberkas di Teluk Intan pada 8 Jun lalu.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Malah, mereka turut dikaitkan dengan beberapa kes jenayah lain yang berlaku di daerah Ipoh.

“Kedua-dua suspek kini direman sehingga 12 Jun bagi membantu siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis turut menghargai kerjasama orang ramai yang menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada penahanan kedua-dua suspek.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada dan memastikan barang berharga disimpan di tempat yang selamat bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah.

Mengulas kejadian itu, Muhammad Najib berkata, insiden berkenaan berlaku pada 21 Mei lalu kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa sedang berniaga.

“Ketika itu, dua lelaki menaiki sebuah motosikal datang ke gerai mangsa kononnya untuk membeli makanan.

“Semasa mangsa sedang membungkus nasi lemak yang dipesan, suspek dipercayai mengambil sebuah peti wang yang mengandungi wang tunai serta sebuah telefon bimbit sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading