HAD MAKSIMUM INSENTIF CARUMAN PADANAN I-SARAAN DINAIKKAN KEPADA RM500 – KWSP
Had maksimum insentif caruman padanan kerajaan untuk program i-Saraan dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 setahun bermula 1 Jan 2024, menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KUALA LUMPUR: Had maksimum insentif caruman padanan kerajaan untuk program i-Saraan dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 setahun bermula 1 Jan 2024, menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut KWSP, rakyat Malaysia berumur bawah 60 tahun, berada dalam sektor tidak formal termasuk bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, serta mencarum secara sukarela di bawah program itu, akan menerima insentif padanan sebanyak 15 peratus daripada caruman sukarela, tertakluk kepada had insentif maksimum RM500 setahun.
“Kerajaan juga akan terus memberi insentif berkenaan kepada setiap peserta i-Saraan yang mencarum, tertakluk kepada insentif seumur hidup maksimum RM5,000 bertujuan menggalakkan mereka terus menyimpan untuk persaraan dan membolehkan lebih ramai ahli mendapat manfaat daripada insentif kerajaan ini,” menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.
Bagi setengah tahun pertama 2023, insentif kerajaan sebanyak RM28 juta telah dikreditkan kepada 211,361 ahli di bawah program i-Saraan.
KWSP memakluman insentif caruman padanan untuk program i-Saraan itu antara siri penambahbaikan strategik produk dan polisi yang memberi kesan terhadap memperkukuh masa depan persaraan dan jaminan pendapatan ahlinya.
Inisiatif sama turut diperkenalkan untuk program i-Suri iaitu kerajaan akan memberikan insentif caruman padanan sebanyak 50 peratus bagi setiap RM1 sumbangan sukarela suri rumah berumur 55 tahun dan ke bawah, serta berdaftar dalam pangkalan data e-Kasih, tertakluk kepada had insentif maksimum sebanyak RM300 setahun.
Kerajaan juga menurut KWSP, akan terus memberi insentif berkenaan kepada setiap peserta i-Suri yang mencarum, tertakluk kepada had insentif seumur hidup maksimum RM3,000.
“Bagi 2023, insentif kerajaan sebanyak RM19 juta telah dikreditkan kepada 42,532 ahli di bawah program i-Suri,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, bermula tahun ini, KWSP juga telah mengasingkan portfolio Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah yang berkaitan dengan pelaburan patuh syariah secara strategik bagi membolehkan pulangan setiap portfolio dioptimumkan dalam jangka masa panjang.
Kumpulan itu juga menambah baik platform i-Invest bagi membolehkan transaksi untuk portfolio mandat persendirian.
“Siri penambahbaikan ini selari dengan Belanjawan 2023 dan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masing-masing pada 24 Feb dan 13 Okt tahun lepas, sebagai langkah proaktif yang dilaksanakan mengikut keperluan ahli KWSP untuk meningkatkan daya tahan kewangan dan kesejahteraan semasa persaraan,” menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut tentang inisiatif penambahbaikan ini boleh diperoleh melalui laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP 03-8922 6000.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager