HAMAS BERTERIMA KASIH KEPADA AL-SISI KERANA TOLAK CADANGAN PEMINDAHAN RAKYAT PALESTIN
Hamas mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi kerana menolak sebarang cadangan atau langkah untuk memindahkan penduduk Semenanjung Gaza atau menempatkan mereka kepada mana-mana pihak atas apa jua alasan.
KUALA LUMPUR: Hamas mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi kerana menolak sebarang cadangan atau langkah untuk memindahkan penduduk Semenanjung Gaza atau menempatkan mereka kepada mana-mana pihak atas apa jua alasan.
Dalam satu kenyataan, Jurucakap Hamas Hazem Qassem memaklumkan bahawa kumpulan itu menghargai penegasan semula Presiden al-Sisi mengenai sokongan teguh Mesir terhadap perjuangan Palestin serta penolakannya untuk mengulangi ketidakadilan sejarah yang telah menimpa rakyat Palestin.
“Kami (Hamas) amat menghargai pendirian Arab yang dizahirkan oleh Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi… Terima kasih Mesir yang dipimpin oleh Presiden Abdel Fattah al-Sisi,” kata jurucakap itu.
Kenyataan Qassem telah disediakan kepada Bernama oleh Kedutaan Mesir di sini.
Pada Rabu, Agensi Anadolu melaporkan bahawa al-Sisi menegaskan Mesir tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai “satu kezaliman yang tidak boleh kami sertai.”
Bercakap pada sidang media bersama Presiden Kenya William Ruto, di Kaherah, al-Sisi mengulangi pendirian tegas Mesir terhadap perjuangan rakyat Palestin.
“Pendirian Mesir mengenai isu Palestin sejak dahulu lagi adalah tidak boleh dirunding,” katanya sambil menegaskan komitmen negara itu terhadap penyelesaian dua negara.
Keselamatan negara Mesir tidak boleh dikompromi. Kami bertekad untuk bekerjasama dengan Presiden (Donald) Trump bagi mencapai penyelesaian damai berasaskan penyelesaian dua negara,” katanya.
Trump sebelum ini menggesa supaya Gaza “dibersihkan” dan rakyat Palestin dipindahkan ke Mesir dan Jordan, menyifatkan wilayah itu sebagai “tapak runtuhan” susulan serangan genosid Israel.
Bagaimanapun, Kaherah dan Amman menolak keras sebarang cadangan pemindahan atau penempatan semula rakyat Palestin dari tanah mereka.
Cadangan Trump itu dibuat selepas perjanjian gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada 19 Jan, dan menghentikan serangan Israel yang telah mengorbankan lebih 47,400 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 111,000 orang sejak 7 Okt 2023. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked