Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK TUJUH TAHUN MAUT DIPERCAYAI DIDERA IBU BAPA

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK TUJUH TAHUN MAUT DIPERCAYAI DIDERA IBU BAPA

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia semalam selepas dipercayai didera ibu bapanya di Kajang, Selangor.

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia semalam selepas dipercayai didera ibu bapanya di Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada pihak Hospital Kajang pada 1.11 pagi, semalam.

“Pihak hospital memaklumkan telah menerima seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dibawa oleh ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan zon merah hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat menemukan banyak kesan kecederaan lama dan baharu pada fizikal mangsa dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul.

Susulan itu, katanya kedua ibu bapa mangsa yang berusia 30-an dan 40-an ditahan dan akan direman untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Naazron meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu menghubungi balai polis terdekat atau pegawai penyiasat ASP Nur Ayuni Abd Aziz menerusi talian 016-2080717. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading