HAMAS SEDIA MULAKAN SEMULA RUNDINGAN TIDAK LANGSUNG GENCATAN SENJATA DENGAN ISRAEL
Hamas menyatakan kesediaannya untuk segera memulakan rundingan tidak langsung pusingan baharu dengan Israel bagi menyelesaikan isu-isu tertangguh, dengan matlamat menamatkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza dan mencapai gencatan senjata kekal.
ISTANBUL: Hamas menyatakan kesediaannya untuk segera memulakan rundingan tidak langsung pusingan baharu dengan Israel bagi menyelesaikan isu-isu tertangguh, dengan matlamat menamatkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza dan mencapai gencatan senjata kekal, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pengumuman itu dibuat pada Ahad, sehari selepas kumpulan itu menyerahkan maklum balas terhadap cadangan gencatan senjata Gaza yang dikemukakan oleh Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) ke Timur Tengah Steve Witkoff. Bagaimanapun, utusan berkenaan dan kerajaan Israel menolak maklum balas itu sepenuhnya.
“Kami mengalu-alukan usaha berterusan Qatar dan Mesir untuk menamatkan perang yang dilancarkan oleh pendudukan Zionis terhadap rakyat kami di Semenanjung Gaza,” menurut kenyataan Hamas.
Kumpulan itu menyatakan kesediaan mereka “untuk segera memulakan rundingan tidak langsung bagi mencapai persetujuan terhadap perkara yang menjadi pertikaian, dengan cara yang memastikan kelegaan kepada rakyat kami, menamatkan bencana kemanusiaan dan membawa kepada gencatan senjata kekal serta pengunduran sepenuhnya pasukan tentera pendudukan (Israel).”
Terdahulu pada Ahad, Mesir dan Qatar menyatakan harapan agar persetujuan segera dapat dicapai bagi satu gencatan senjata sementara selama 60 hari antara Israel dan Hamas, sebagai langkah ke arah mencapai gencatan senjata kekal di Gaza, menurut kenyataan bersama.
“Qatar dan Mesir, dengan kerjasama AS, menegaskan hasrat mereka untuk mempergiat usaha bagi mengatasi halangan rundingan,” menurut kenyataan itu.
Kedua-dua negara turut menggesa semua pihak “agar bertindak dengan penuh tanggungjawab dan menyokong usaha para perantara bagi menyelesaikan krisis di Semenanjung Gaza melalui pemulihan kestabilan dan ketenangan di rantau itu.”
Pada malam Sabtu, Witkoff mengkritik respons terbaru Hamas terhadap cadangan gencatan senjatanya sebagai “tidak boleh diterima sama sekali.”
Beliau menegaskan: “Ini satu-satunya cara untuk kita memuktamadkan perjanjian gencatan senjata 60 hari dalam tempoh terdekat, yang akan membolehkan separuh daripada tebusan yang masih hidup dan separuh daripada yang telah terkorban dikembalikan kepada keluarga mereka, serta membolehkan rundingan substantif secara bersemuka dijalankan dalam semangat muhibah untuk mencapai gencatan senjata kekal.”
Pada hari yang sama, Hamas mengesahkan bahawa pihaknya telah menyerahkan maklum balas rasmi kepada perantara mengenai cadangan Witkoff itu. Walaupun tidak mendedahkan kandungan penuh, kumpulan itu berkata pendiriannya adalah berasaskan tiga matlamat utama: gencatan senjata kekal, pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza, dan akses kemanusiaan tanpa halangan ke wilayah tersebut.
Hamas sebelum ini menyatakan kesediaan untuk membebaskan semua tebusan Israel dalam satu pertukaran, dengan syarat perang ditamatkan, tentera Israel berundur sepenuhnya dari Gaza, dan tahanan Palestin dibebaskan.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu terus menolak seruan antarabangsa agar diadakan gencatan senjata dan memilih untuk meneruskan kempen ketenteraan di Gaza, sambil mengenakan syarat baharu termasuk perlucutan senjata kumpulan penentangan Palestin.
Pihak pembangkang di Israel menuduh Netanyahu memanjangkan perang dan merancang untuk menjajah semula Gaza demi kepentingan politik dan mengekalkan kuasa.
Sejak Oktober 2023, serangan Israel di Gaza telah mengorbankan lebih 54,400 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Agensi bantuan telah memberi amaran mengenai risiko kebuluran dalam kalangan penduduk di wilayah itu.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas kesalahan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung jenayah perang terhadap orang awam di wilayah tersebut. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.