HAMAS USAHA PASTIKAN KEMASUKAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DI BAWAH PERJANJIAN GENCATAN SENJATA
Seorang pemimpin kanan Hamas pada Sabtu berkata kumpulannya sedang menyelaraskan usaha dengan pelbagai pihak bagi memastikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).
GAZA CITY/ISTANBUL: Seorang pemimpin kanan Hamas pada Sabtu berkata kumpulannya sedang menyelaraskan usaha dengan pelbagai pihak bagi memastikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan, Izzat al-Rishq menegaskan bahawa Hamas kekal komited untuk “menggerakkan segala sumber dan usaha bagi membantu rakyat di Semenanjung Gaza, meskipun berdepan kemusnahan akibat pembunuhan beramai-ramai Israel dan kehancuran kehidupan harian di wilayah itu.”
“Hamas terus berhubung dengan pelbagai negara dan pihak yang mesra bagi menjamin kemasukan bantuan dan misi kemanusiaan ke Gaza,” katanya.
Menurut Rishq, Hamas juga sedang berusaha memastikan Israel mematuhi “semua terma perjanjian gencatan senjata bagi menjamin proses pemulihan, pembinaan semula dan kehidupan yang bermaruah untuk seluruh rakyat Palestin.”
Fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel mula berkuat kuasa pada Jumaat.
Perjanjian itu membenarkan kemasukan ratusan trak bantuan ke Gaza bagi mengelak krisis kebuluran dalam kalangan 2.4 juta penduduk wilayah berkenaan.
Bagaimanapun, sumber Palestin memberitahu Anadolu bahawa sejumlah besar trak bantuan tidak dibenarkan memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom di selatan pada Sabtu dan masih berada di bawah kawalan tentera Israel.
Sumber itu turut mendakwa jumlah bantuan yang sampai setakat ini “masih pada kadar biasa seperti beberapa bulan kebelakangan ini dan tidak menunjukkan peningkatan ketara di bawah perjanjian gencatan senjata.”
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Rabu mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah bersetuju dengan pelaksanaan fasa pertama pelan 20 perkara yang dibentangkannya pada 29 Sept bagi mencapai gencatan senjata di Gaza, membebaskan semua tawanan Israel dengan pertukaran kira-kira 2,000 tahanan Palestin, serta pengunduran berperingkat tentera Israel dari seluruh Semenanjung Gaza.
Fasa kedua pelan pula memperuntukkan penubuhan mekanisme pentadbiran baharu di Gaza tanpa penglibatan Hamas, pembentukan pasukan keselamatan terdiri daripada rakyat Palestin serta anggota tentera negara Arab dan Islam, dan perlucutan senjata Hamas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager