Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HANYA 10 PERATUS TIKET UMRAH DIJUAL KEPADA JEMAAH INDONESIA

DALAM NEGARA

HANYA 10 PERATUS TIKET UMRAH DIJUAL KEPADA JEMAAH INDONESIA

PUTRAJAYA: Amal by Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia, demikian menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Gambar Hiasan Jemaah Indonesia. – AFP

PUTRAJAYA: Amal by Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia, demikian menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan 90 peratus kapasiti tiket berkenaan ditawarkan kepada jemaah Malaysia dan dilihat mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah tempatan yang dilesenkan kementerian itu.

“Dakwaan yang menyatakan bahawa wujudnya monopoli kepada beberapa syarikat tertentu dan kelebihan diberikan kepada jemaah Indonesia adalah tidak benar sama sekali,” menurut MOTAC.

Baru-baru ini tular dakwaan terdapat agensi umrah memonopoli pembelian tiket penerbangan secara pukal dan menjual sebahagian besar tiket penerbangan umrah itu kepada jemaah negara jiran.

Pihak terbabit turut mendakwa situasi itu menjadi antara punca berlaku kesukaran mendapatkan tiket penerbangan bagi mengerjakan umrah dan secara tidak langsung menyebabkan kos pakej umrah meningkat.

Mengambil maklum isu terbabit, MOTAC memaklumkan telah mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan dengan dihadiri wakil daripada kementerian berkaitan termasuk persatuan pengendali pelancongan yang dilesenkan MOTAC, pada Selasa lepas.

Menurut MOTAC mesyuarat tersebut memutuskan agar pihak Amal meneliti semula keseragaman pembahagian tiket penerbangan umrah bagi memastikan semua syarikat pengendali umrah tempatan yang dilesenkan mendapat peluang yang terbuka.

“Langkah ini juga bertujuan memberi manfaat secara langsung kepada orang ramai yang ingin mengerjakan umrah,” menurut kenyataan itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading