HENTI GUNA PERKATAAN KAFIR, ZIONIS, YAHUDI LABEL AHLI PARLIMEN – SPEAKER
KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen diingatkan supaya tidak menggunakan perkataan kafir, zionis dan Yahudi untuk melabel seseorang ketika perbahasaan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. – Bernama
KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen diingatkan supaya tidak menggunakan perkataan kafir, zionis dan Yahudi untuk melabel seseorang ketika perbahasaan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata kenyataan berkenaan boleh mengeruhkan suasana, menyentuh sensitiviti, mengguris hati dan menggugat keharmonian negara.
“Kita telah mengharungi empat hari perbahasan Belanjawan 2024 sepanjang minggu lepas dan dalam perbahasan ahli Yang Berhormat, pelbagai hujah dan pendirian telah diutarakan mendorong ke arah perkara-perkara sensitif yang mengguris hati.
“Oleh itu, saya menyeru ahli Yang Berhormat menghentikan isu dan penyataan kafir, zionis dan Yahudi apatah lagi sekarang ini dalam suasana yang tidak kondusif langsung dan lain-lain perkataan sama maksudnya antara ahli Yang Berhormat yang mengeruhkan suasana dan menyentuh sensitiviti keharmonian,” katanya sebelum sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
Menurut Johari, Peraturan Mesyuarat 36 (10) ( c ) juga menyatakan adalah salah menggunakan perkataan-perkataan yang menimbulkan perasaan sakit hati atau bermusuh-musuhan antara kaum di Malaysia.
Beliau berkata Ahli Parlimen sepatutnya menunjukkan tingkah laku terpuji semasa mengetengahkan isu rakyat dan negara serta menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama selain tidak menggunakan Dewan Rakyat sebagai medan politik kumpulan mahupun individu.
Johari berkata beliau dan timbalannya mempunyai kuasa mengawal selia mesyuarat dan memastikan kelancaran dengan menggunakan peraturan sedia ada, seperti jelas termaktub dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Pada hari ini, saya mengajak ahli Yang Berhormat membuka lembaran baharu, padamkanlah isu panas tersebut yang berlaku pada minggu lepas dan biarkanlah perbahasan ahli Yang Berhormat berlandaskan isu demi membela nasib rakyat di luar sana.
“Saya tegaskan bahawa tidak akan bertolak ansur lagi dan akan mengambil tindakan sekiranya isu dan perkataan yang dimaksudkan tadi dibangkitkan lagi,” katanya.
Dalam permasyhuran itu, Johari turut memberi peringatan kepada Ahli Parlimen agar tidak membangkitkan isu peribadi di dalam Dewan Rakyat dan sebarang perkara peribadi yang dibangkit dan dilaporkan di luar dewan hendaklah diselesaikan di luar.
Menurutnya, Peraturan Mesyuarat 23(1)(i) menyatakan bahawa suatu kenyataan itu tidak boleh dikeluarkan berkenaan betul atau tidaknya penerangan dalam akhbar atau penerangan disebut oleh dirinya sendiri.
Beliau berkata Peraturan Mesyuarat 36(9) pula menyatakan bahawa dalam apa-apa perbahasan tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat sesiapa Ahli Parlimen atau siapa-siapa pegawai kerajaan selain daripada kelakuan pada menjalankan urusan sebagai Ahli Parlimen atau pegawai kerajaan.
Bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) yang meminta penjelasan berkenaan larangan penggunaan perkataan berkenaan, Johari berkata ia hanya melibatkan tindakan melabel seseorang dan bukan kenyataan mengutuk serangan dilakukan pihak terbabit. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.