HILANG PENGLIHATAN 38 TAHUN LEPAS, PESARA GURU BERSYUKUR DAPAT TUNAI HAJI
Zawiah Mohamad, 62, bekas guru Matematik kehilangan penglihatan kekal pada usia 24 tahun akibat penyakit glaukoma yang menyerangnya pada usia 16 tahun.
Zawiah Mohamad, 62, seorang bekas guru Matematik yang kehilangan penglihatan kekal pada usia 24 tahun akibat penyakit glaukoma yang menyerangnya pada usia 16 tahun tidak membuatkan diriya merasa tersisih, sebaliknya merasakan dirinya dipilih Sang Pencipta untuk dimuliakan dengan cara yang tidak semua orang lalui. –fotoBERNAMA
MAKKAH: Seorang jemaah wanita yang kehilangan penglihatan sejak 38 tahun lepas menzahirkan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dipilih oleh-Nya untuk bersama jutaan jemaah lain berhimpun di Tanah Suci bagi menunaikan tuntutan rukun Islam kelima.
Zawiah Mohamad, 62, bekas guru Matematik kehilangan penglihatan kekal pada usia 24 tahun akibat penyakit glaukoma yang menyerangnya pada usia 16 tahun.
“Tak terucap dengan kata-kata betapa kasihnya Allah kepada saya. Walaupun diuji dengan kehilangan penglihatan, saya reda kerana itu semua pinjaman daripada-Nya. Saya juga bersyukur masih dipanjangkan usia dan diberi peluang menjejakkan kaki ke Masjidil Haram sebagai duyufurrahman, insya-Allah akan ke Masyair beberapa hari lagi,” katanya kepada pemberita di sini.
Mengimbas kembali detik penuh ujian apabila doktor menasihatinya supaya menggugurkan kandungan bagi menjalani pembedahan mata dengan segera, Zawiah berkata dia nekad untuk mempertahankan kandungan dan akhirnya melahirkan anak lelaki sulung pada 6 Mei 1988.
“Saya berkahwin pada Disember 1986 dan mengetahui diri sedang mengandung pada Ogos 1987, tetapi pada akhir September saya diserang demam panas yang disusuli pening kepala dan mata terasa seolah-olah dicucuk jarum, langsung tidak mampu dibuka. Pagi 26 Sept, saya rasa sakit itu hilang tetapi bila saya celik mata, semuanya gelap,” katanya dengan suara yang tersekat.
Zawiah yang menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama, suami Mohd Isa Yakob, 62, serta dua anak perempuan merka, Nor Salehah Mohd Isa, 36, dan Faizah Suaida Mohd Isa, 25, masih berharap penglihatannya kembali pulih.
“Sebenarnya, saya sentiasa berharap agar dapat melihat semula dan ia bukan sesuatu yang mustahil kerana segalanya atas kehendak Allah…tapi jika keadaan begini (tidak dapat melihat) adalah yang terbaik, saya reda,” katanya.
Sementara itu, anak keduanya Nor Salehah sanggup menangguhkan pengajian bagi kenaikan gred sebagai jururawat demi menjadi pengiring kepada ibunya dalam menunaikan ibadah haji.
Sepanjang berada di Makkah, Nor Salehah bukan sahaja bertanggungjawab sebagai pengiring tetapi juga memastikan setiap tuntutan ibadah ibunya dapat dilaksanakan dengan sempurna.
“Mak memang tidak pernah melihat wajah keempat-empat anaknya tetapi dia tidak pernah gagal dalam membesarkan kami. Jadi sebagai membalas jasanya, saya hanya memohon dikurniakan kekuatan untuk membawa mak menyempurnakan ibadah hajinya dan semoga diterima Allah,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager