Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN DUA SUSPEK PECAH MASUK SEKOLAH AGAMA DI BUKIT JELUTONG

DALAM NEGARA

POLIS KESAN DUA SUSPEK PECAH MASUK SEKOLAH AGAMA DI BUKIT JELUTONG

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu daripada Timbalan Pengarah sekolah terbabit pada 3.09 petang, 11 Mei lepas.

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan dua suspek yang terlibat dalam kejadian pecah masuk di sebuah sekolah rendah agama swasta di Bukit Jelutong, dekat sini melibatkan kerugian sebanyak RM1,600.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu daripada Timbalan Pengarah sekolah terbabit pada 3.09 petang, 11 Mei lepas.

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua suspek telah memecah masuk ke dalam premis berkenaan melalui pintu belakang bangunan sekolah.

“Semakan dibuat oleh pihak sekolah mendapati sejumlah wang tunai telah hilang, iaitu sebanyak RM100 yang disimpan di dalam peti wang tunai koperasi serta RM1,500 yang disimpan di dalam laci.

“Pihak polis sedang berusaha keras mengesan dan menangkap suspek pada kadar segera. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sjn Mohamad Hanafi melalui talian 010-3727932,” katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, video yang memaparkan kejadian itu tular menerusi media sosial, memaparkan dua lelaki kelihatan mengenakan kopiah dan topi bertindak memecah masuk ke dalam premis berkenaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading