JAKIM BEKERJASAMA DENGAN KPDN PANTAU PEMEGANG SIJIL HALAL
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap pemegang sijil halal di seluruh negara.
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap pemegang sijil halal di seluruh negara.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata langkah berkenaan dilaksanakan bagi memastikan tiada pelanggaran syarat dilakukan pemegang sijil terbabit.
“Dalam konteks pemantauan dan penguatkuasaan, kita (JAKIM) bekerjasama erat dengan KPDN kerana akta perihal dagangan atau perintah perihal dagangan itu ada bersama mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan JAKIM di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) milik dua hotel di Banda Hilir selepas didapati menganjurkan parti arak, dua minggu lepas.
Sirajuddin berkata JAKIM memandang serius insiden yang berlaku di Melaka dan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang kes membabitkan penyalahgunaan sijil halal di negara ini.
“Setiap (Jabatan Agama Islam) negeri juga (disaran) melaksanakan operasi sama untuk membuat pemantauan dan memastikan supaya perkara sebegini tidak berlaku dalam kalangan pemegang sijil halal.
“Kita juga menyantuni apa yang telah dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar supaya mereka yang mempunyai atau mendapat sijil halal tidak melakukan sesuatu di luar batasan dan bercanggah dengan kehendak syarat,” katanya.
Mengenai pengeluaran sijil halal, beliau berkata pihaknya komited memastikan segala proses pengeluaran sijil berkenaan dapat dipertingkatkan serta dipercepat bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat.
“Insya-Allah, kita yakin akan pertingkatkan bukan sahaja bilangan yang diluluskan, malah tempoh masa yang diambil itu akan dapat diringkaskan … setakat ini, yang paling (cepat) seminggu (sijil halal diluluskan),” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tempoh memproses pensijilan halal dipendekkan kepada 15 hari bekerja berbanding 23 hari bertujuan merancakkan industri halal negara. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.