Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH AKIBAT SERANGAN JANTUNG

DALAM NEGARA

JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH AKIBAT SERANGAN JANTUNG

Seorang jemaah haji lelaki dilaporkan meninggal dunia pada Isnin 4 Mei, di Makkah.

MAKKAH: Seorang jemaah haji lelaki dilaporkan meninggal dunia pada Isnin 4 Mei, di Makkah.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan memaklumkan, jemaah tersebut meninggal dunia di Hospital Ajiyad pada jam 6.16 petang akibat serangan jantung.

“Jemaah berasal daripada Senggarang, Johor, berusia 70 tahun dan hadir bersama isteri ke Tanah Suci.

“Allahyarham merupakan jemaah yang dibawa oleh Syarikat Pengelola Jemaah Haji daripada kumpulan KT34 dan menginap di Hotel Elaf Al Bait di Makkah,” katanya, hari ini.

Tambahnya, jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Subuh dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah.

Untuk rekod, kematian Allahyarham merupakan kematian kedua jemaah haji Malaysia bagi musim 1447H.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading