Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AKUI KURANG CERMAT, NIK ZAWAWI MOHON MAAF DAN TARIK BALIK

DALAM NEGARA

AKUI KURANG CERMAT, NIK ZAWAWI MOHON MAAF DAN TARIK BALIK

Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memohon maaf atas kekhilafan berkenaan sahabat Rasulullah SAW semasa ucapannya yang tular, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memohon maaf atas kekhilafan berkenaan sahabat Rasulullah SAW semasa ucapannya yang tular, baru-baru ini.

Nik Muhammad Zawawi turut mengakui bahawa dia kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut.

“Merujuk kepada kontroversi berkaitan pengucapan saya baru-baru ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tuan guru, asatizah, sahabat-sahabat serta seluruh masyarakat yang telah memberikan teguran, nasihat dan pandangan kepada saya.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut. Saya sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Jelas Nik Muhammad Zawawi, tujuan asal kenyataannya hanya untuk menjelaskan serta memberikan penekanan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.

“Semoga Allah SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan,” tambahnya.

Nik Muhammad Zawawi sebelum ini didakwa telah mengeluarkan kenyataan yang dianggap oleh banyak pihak menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan turut memberi maklum balas terhadap perkara tersebut dengan menyatakan perbuatan menghina sahabat Nabi Muhammad SAW adalah haram dan merupakan dosa besar.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading