HOSPITAL INDONESIA DI GAZA SAMBUNG OPERASI TERHAD DI SEBALIK KEROSAKAN TERUK
Hospital Indonesia di Beit Lahia, yang terletak di utara Semenanjung Gaza, menyambung semula operasi terhad pada 1 Jun di sebalik kerosakan teruk dan kehilangan peralatan, beberapa bulan selepas diserang oleh tentera Israel.
Gambar fail menunjukkan keadaan Hospital Indonesia pada November lalu –foto AFP
JAKARTA: Hospital Indonesia di Beit Lahia, yang terletak di utara Semenanjung Gaza, menyambung semula operasi terhad pada 1 Jun di sebalik kerosakan teruk dan kehilangan peralatan, beberapa bulan selepas diserang oleh tentera Israel.
Menurut MER-C, sebuah organisasi kemanusiaan Indonesia yang pakar dalam tindak balas kecemasan perubatan, peralatan dan pemasangan mekanikal elektrik di tingkat satu dan dua hospital itu yang mengalami kerosakan teruk akibat serangan tentera Israel.
“Peralatan radiologi seperti mesin imbasan CT dan sinar-X di Hospital Indonesia turut dirosakkan oleh tentera Israel,” lapor Edy Wahyudi, seorang sukarelawan MER-C di Gaza.
Pada masa ini, bilik yang beroperasi termasuk bilik pendaftaran, bilik rekod perubatan, bilik kecemasan, bilik pembedahan, unit rawatan rapi dan wad dengan kapasiti 140 katil.
Walau bagaimanapun, fungsi makmal masih terhad, banyak peralatannya termasuk bank darah mengalami kerosakan.
“Semua generator besar, dengan kapasiti 400 dan 500 kilo-volt-ampere (KVA), telah musnah akibat dibom dan generator 600 KVA telah dipindahkan sementara dari hospital,” katanya.
Edy berkata panel solar hospital di atas bumbung rosak akibat tembakan artileri, menyebabkan hanya generator berkapasiti kecil yang boleh digunakan secara bergilir-gilir untuk empat bilik pembedahan hospital.
Pembinaan Hospital Indonesia bermula pada 2011 di atas tanah yang didermakan oleh pihak berkuasa di Gaza, dibiayai oleh sumbangan daripada rakyat Indonesia melalui MER-C.
Sukarelawan Indonesia secara berkala membantu hospital yang diuruskan oleh pihak berkuasa Palestin di Gaza.
Dalam keadaan yang mencabar ini, pengerusi MER-C Dr Sarbini Abdul Murad menyeru sokongan rakyat dan kerajaan Indonesia untuk segera menghantar jurutera dan kakitangan teknikal.
Beliau menyatakan keyakinan bahawa dengan pengubahsuaian besar-besaran selepas gencatan senjata kekal, keupayaan hospital itu dapat dioptimumkan sepenuhnya untuk memberikan penjagaan terbaik kepada penduduk Gaza, khususnya di wilayah utara. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager