16 KELUARGA MISKIN TEGAR, KELANTAN YAKIN CAPAI SIFAR MISKIN TEGAR BULAN DEPAN
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kelantan berjaya menurunkan jumlah keluarga miskin tegar daripada 12,270 Ketua Isi Rumah (KIR) kepada hanya 16 KIR di antara hujung tahun lepas sehingga kini.
KOTA BHARU: Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kelantan berjaya menurunkan jumlah keluarga miskin tegar daripada 12,270 Ketua Isi Rumah (KIR) kepada hanya 16 KIR di antara hujung tahun lepas sehingga kini.
Pengarah Pembangunan Kelantan (ICU JPM) Jasri Kassim berkata ICU JPM kekal optimis untuk menoktahkan miskin tegar menjelang bulan depan.
Beliau berkata antara usaha yang telah dilakukan ICU JPM adalah bekerjasama dengan pelbagai agensi di bawah Kerajaan Persekutuan selain pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mengeluarkan KIR yang berada dalam kategori miskin tegar kepada kategori miskin.
“Kita yakin dapat menyahut ketetapan yang diberikan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menoktahkan miskin tegar sebelum 2 Julai nanti.” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Program Ziarah Kasih Ihsan Aidiladha 1445 Hijrah di Pejabat ICU JPM Negeri Kelantan di Tunjong, di sini, hari ini.
Terdahulu, seramai 70 KIR miskin tegar dan miskin menerima sumbangan daging segar serta bakul makanan bagi meraikan golongan berkenaan menyambut Aidiladha.
Jasri berkata antara usaha yang dilakukan ICU JPM telah membuat pembasmian data KIR yang menerima bantuan tetapi tidak direkodkan.
Mengulas lanjut, katanya antara program dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan KIR yang terlibat bagi mengeluarkan mereka daripada miskin tegar kepada miskin adalah dengan melakukan padanan pekerjaan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Beliau berkata kebanyakan mereka sebelum ini tiada pekerjaan, selain tidak mendapat bantuan yang sewajarnya maka padanan pekerjaan ini akan membantu mereka mendapat pekerjaan sekali gus meningkatkan pendapatan keluarga.
“Oleh itu, kita kini sedang mengusahakan serta menggunakan kaedah yang sama untuk memberi pendedahan untuk meningkatkan pendapatan atau memberi peluang pekerjaan kepada 16 KIR yang masih lagi berada dalam kategori miskin tegar, ” katanya.
Pada 2 Mei lepas, Anwar memberi tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager