INDIA SEKAT EKSPORT GANDUM, PEMAIN INDUSTRI MALAYSIA JAMIN BEKALAN MENCUKUPI
Beberapa syarikat pengeluar tepung dalam negara menjangkakan bekalan bahan itu dalam negara tidak terjejas susulan larangan eksport gandum yang dikenakan India.
KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat pengeluar tepung dalam negara menjangkakan bekalan bahan itu dalam negara tidak terjejas susulan larangan eksport gandum yang dikenakan India.
Pengurus Pemasaran Bidara Flour Sdn Bhd Arifin Aziz berkata bekalan untuk syarikat itu tidak terjejas dengan larangan itu, kerana syarikat itu mengambil tepung yang telah siap diproses di negara berkenaan dan bukannya gandum mentah yang dilarang untuk eksport.
“Yang disekat adalah biji gandum, dan kami ambil tepung gandum siap diproses. Jadinya, ia tidak mendatangkan isu kepada bekalan,” katanya kepada Bernama.
Stok tepung syarikat itu katanya masih mampu menampung keperluan penjualan untuk tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.
Arifin berkata pemain industri telahpun bersedia menghadapi kekurangan bekalan tepung sejak tercetusnya peperangan di antara Ukraine dan Rusia.
“Di sini ada dua isu, salah satu faktornya sekatan benih gandum di India dan berlakunya peperangan di Ukraine. Jadi, syarikat mahupun kilang-kilang di Malaysia telah mengambil langkah untuk membeli bekalan lebih awal dan menyimpan stok,” katanya.
Bagaimanapun, Arifin berkata pihaknya menjangkakan harga jualan akan meningkat kesan daripada kenaikan harga gandum di seluruh dunia, ekoran ketidakstabilan pasaran dan susut nilai mata wang negara.
“Hal ini disebabkan kenaikan harga bahan mentah dan mata wang negara kita yang sudah merudum. Kami menjangkakan harga barang mentah gandum akan meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya.
Sementara itu Pengurus Kilang Faiza Food Sdn Bhd Nor Haida Ishak pula menjelaskan, syarikat itu telah mendapat jaminan bahawa pesanan bekalan tepung syarikat itu untuk dua bulan akan datang, tidak akan terjejas oleh pembekal mereka di India.
“Kami dapat jaminan verbalsebulan dua ini tidak akan ada masalah. Buat masa kini, syarikat mempunyai simpanan bekalan sebanyak 300 tan yang mampu menampung keperluan penjualan untuk dua minggu,” katanya.
Namun, Nor Haida berkata Faiza Food juga sudah mula memerhatikan kenaikan harga barang mentah sejak awal tahun ini lagi dan memberi amaran bahawa ia akan spill-over ke pasaran domestik.
“Kalau dilihat pada situasi semasa, memang sudah mula kenaikan harga. Kami masih mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat, kerana kami tidak mahu menaikkan harga jualan di pasaran. Tetapi, harga mungkin terpaksa dinaikkan dalam masa dua atau tiga bulan nanti,” katanya.
Baru baru ini, India dilaporkan melaksanakan larangan eksport gandum untuk menjamin keperluan keselamatan makanan yang merisaukan akibat fenomena gelombang haba yang telah menjejaskan pengeluaran gandum di negara itu.
Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dilaporkan menjangka bekalan tepung gandum negara tidak terjejas kerana Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari negara lain, dan tidak bergantung kepada India semata-mata.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests