Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INSENTIF PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN KEKAL BERKUAT KUASA

DALAM NEGARA

INSENTIF PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN KEKAL BERKUAT KUASA

Dasar insentif pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama kekal berkuat kuasa dan tidak pernah ditarik balik.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dasar insentif pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama kekal berkuat kuasa dan tidak pernah ditarik balik.

Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim dalam kenyataan malam ini memaklumkan insentif pengecualian itu diberikan kepada peminjam PTPTN yang menjadi graduan mulai 2019.

Selain itu, katanya insentif itu turut diberikan kepada graduan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf tanpa mengira latar belakang ekonomi, kaum atau agama.

“Sehubungan itu, PTPTN menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu pendidikan serta menghormati dasar sedia ada yang memberikan manfaat secara langsung kepada graduan cemerlang.

“Fokus utama kita adalah untuk memastikan pendidikan kekal sebagai medan pembangunan insan dan bukannya medan polemik politik,” menurut kenyataan itu. 

Norliza memaklumkan graduan yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan boleh mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik secara dalam talian menerusi aplikasi Web myPTPTN di pautan https://myptptn.ptptn.gov.my.

Menurut kenyataan itu, PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited dalam memastikan proses permohonan insentif berkenaan dilaksanakan secara telus, efisien dan adil demi menjaga kebajikan peminjam serta menyokong aspirasi pendidikan tinggi negara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading