Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU KAMPUNG SUNGAI BARU: UTAMAKAN KEPENTINGAN ORANG MELAYU – SULTAN SELANGOR

DALAM NEGARA

ISU KAMPUNG SUNGAI BARU: UTAMAKAN KEPENTINGAN ORANG MELAYU – SULTAN SELANGOR

Baginda turut tidak menghalang sekiranya kawasan Kampong Bharu hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syarat-syaratnya harus jelas dan berpihak kepada orang Melayu.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baharu dikendalikan secara teliti dan berhemah.

Bagaimanapun, baginda menegaskan bahawa keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu. 

Baginda turut tidak menghalang sekiranya kawasan Kampong Bharu hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syarat-syaratnya harus jelas dan berpihak kepada orang Melayu.

“Setiap butir pertimbangan yang dilakukan oleh semua pihak berkaitan mengenai hal ini, sejarah asal penubuhan dan warisan kawasan Kampong Bharu harus diambil kira.

“Sesungguhnya, Kampung Baru adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak 1900. Justeru, Beta ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kampung Baru memainkan peranan penting kepada kelangsungan dan maruah orang Melayu di Kuala Lumpur.

“Maka, sebarang keputusan atau usaha-usaha pembangunan di Kampung Baru harus mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk waktu ini dan juga untuk jangka masa panjang,” titah baginda.

Sebagai rekod, Kampung Baru ditubuhkan pada 1899 dan diiktiraf sebagai penempatan masyarakat Melayu melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 sebagai rizab Malay Agricultural Settlement (M.A.S), hasil kurniaan Sultan Selangor ke-5, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading