Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PETUGAS SABAH ELECTRICITY HILANG DIHANYUTKAN ARUS DERAS

DALAM NEGARA

PETUGAS SABAH ELECTRICITY HILANG DIHANYUTKAN ARUS DERAS

Seorang petugas Sabah Electricity Sdn Bhd hilang dihanyutkan arus deras ketika bertugas di sebuah kampung di Keningau, lewat malam tadi.

KOTA KINABALU: Seorang petugas Sabah Electricity Sdn Bhd hilang dihanyutkan arus deras ketika bertugas di sebuah kampung di Keningau, lewat malam tadi.

Sabah Electricity dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasukan penyelamat bersama dengan pihak berkuasa berkaitan telah digerakkan ke lokasi kejadian dan usaha pencarian sedang giat dijalankan.

“Keutamaan kami ketika ini adalah keselamatan serta kebajikan kakitangan yang terlibat di samping memberikan sokongan penuh kepada keluarga mangsa.

”Sabah Electricity akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam operasi ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa,” katanya.

Sabah Electricity turut memohon semua pihak agar menghormati sensitiviti situasi ini dan memberi ruang kepada keluarga mangsa yang sedang melalui detik sukar.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan kenderaan pacuan empat roda syarikat itu yang terperangkap dalam banjir dengan arus deras, dan memaklumkan pasukan berkenaan sedang melaksanakan operasi pemulihan kerana kampung terbabit terputus bekalan elektrik.

Keningau merupakan sebuah daerah di pedalaman Sabah yang terletak kira-kira 110 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Mohd Pisar Aziz berkata mangsa merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dan usaha mencari serta menyelamat sedang dilaksanakan.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 9.47 malam tadi sebelum tiba di lokasi kejadian di Kampung Nuntunan Apin-Apin, Keningau pada 10.24 malam.

“Terima laporan bahawa terdapat seorang mangsa dikhuatiri lemas dibawa arus banjir ketika mencuba menyeberangi jambatan… pakaian terakhir mangsa adalah ves Sabah Electricity.

“Jumlah mangsa yang terlibat adalah tiga petugas Sabah Electricity, dua berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi dibawa arus banjir,” katanya ketika dihubungi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading