Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JABATAN KESIHATAN MELAKA DIARAH SIASAT DAKWAAN BAYI DEMAM PANAS DIBIAR 11 JAM – EXCO

DALAM NEGARA

JABATAN KESIHATAN MELAKA DIARAH SIASAT DAKWAAN BAYI DEMAM PANAS DIBIAR 11 JAM – EXCO

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diarah melakukan siasatan terhadap dakwaan kes bayi perempuan berusia 22 bulan yang mengalami demam panas dibiarkan menahan kesakitan selama 11 jam sehingga diserang sawan di Hospital Melaka, awal pagi semalam. 

MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diarah melakukan siasatan terhadap dakwaan kes bayi perempuan berusia 22 bulan yang mengalami demam panas dibiarkan menahan kesakitan selama 11 jam sehingga diserang sawan di Hospital Melaka, awal pagi semalam. 

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata beliau mengambil maklum kes tular berkenaan dan mahu siasatan dilakukan secara segera dan menyeluruh. 

“Saya sudah hubungi Pengarah Kesihatan Melaka (Dr Ruzita Mustaffa) serta pengurusan tertinggi Hospital Melaka dan meminta mereka membuat siasatan terhadap kes ini dan dalam masa yang sama berharap mana-mana pihak tidak membuat andaian sehingga kes ini selesai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Terdahulu tular video berdurasi 13 minit mengenai seorang bayi menangis menahan kesakitan sehingga mengundang reaksi sedih pengguna media sosial dan menggesa agar kes berkenaan disiasat.

Dalam pada itu, ibu bayi berkenaan Siti Aishah Rahim, 27, dalam status di Facebook berkata dia dan ibunya tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka pada 2.30 petang Sabtu selepas tubuh anak sulungnya itu, Siti Farha Adelia Mohd Firdaus tiba-tiba panas. 

Beliau mendakwa sebaik tiba di hospital, jururawat cuma mengambil darah dan terus membiarkan sehingga suhu badan anaknya meningkat kepada 40 darjah Celsius. 

“Puas saya bertanya dan jawapan yang diberikan supaya terus tunggu sehinggalah bayi saya diserang sawan 1 pagi semalam (Ahad) dan menyebabkan badannya kejang,” katanya dan memaklumkan anaknya itu kemudian dibawa ke Zon Kuning dari Zon Hijau selepas kesihatan semakin teruk sebelum doktor cuba menstabilkannya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading