Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU NISSAN NAVARA REMPUH MOTOSIKAL BUKAN PEMILIK SAH KENDERAAN – POLIS

DALAM NEGARA

PEMANDU NISSAN NAVARA REMPUH MOTOSIKAL BUKAN PEMILIK SAH KENDERAAN – POLIS

Hasil siasatan awal polis mendapati lelaki yang ditahan kerana disyaki memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kemalangan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta pada Sabtu lepas, bukan pemilik sebenar kenderaan pacuan empat roda terlibat.

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan awal polis mendapati lelaki yang ditahan kerana disyaki memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kemalangan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta di sini pada Sabtu lepas, bukan pemilik sebenar kenderaan pacuan empat roda terlibat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa dalam kenyataan ringkas berkata siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata permohonan sambung reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu akan dibuat hari ini selepas tamatnya tempoh reman dua hari sebelum ini. 

Mohd Zamzuri berkata kertas siasatan kemudian akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, kenderaan jenis Nissan Navara yang dipandu seorang lelaki  merempuh motosikal jenis Benelli TRK 502 yang ditunggang pasangan suami isteri menyebabkan mereka tercampak ke bahu jalan.

Mangsa lelaki berusia 53 tahun mengalami retak tulang selangka dan luka pada bahagian buku lali manakala isterinya berumur 49 tahun patah buku lali dan tulang rusuk kanan serta pendarahan dalam otak serta masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu, tular video di media sosial pemilik pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan terbabit tampil mendakwa dirinya bukan pemandu ketika kejadian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading