Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JALUR GEMILANG TERBALIK: POLIS TAHAN PEMILIK PREMIS 

DALAM NEGARA

JALUR GEMILANG TERBALIK: POLIS TAHAN PEMILIK PREMIS 

Polis menahan pemilik kedai perkakasan di Jalan Bertam Perdana di sini, bagi membantu siasatan insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di hadapan premisnya, semalam.

Sumber: BERNAMA

KEPALA BATAS: Polis menahan pemilik kedai perkakasan di Jalan Bertam Perdana di sini, bagi membantu siasatan insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di hadapan premisnya, semalam.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di sekitar kawasan di sini malam tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang esok dengan cadangan pertuduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat ini polis telah menerima 16 laporan berhubung kejadian itu dengan 12 daripadanya dibuat di negeri ini manakala empat lagi laporan di luar Pulau Pinang.

Mohd Alwi berkata pihaknya memandang serius perbuatan seumpama itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukannya, sambil mengingatkan orang ramai agar menghormati Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan negara.

Semalam tular melalui media sosial video berdurasi 21 saat memaparkan tindakan dua lelaki di sebuah kedai perkakasan di sini, yang seperti sengaja memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik hingga mendapat kecaman warganet.

Berikutan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membuat laporan polis.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading