Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANAS AL-SHARIF DAN EMPAT KAKITANGAN AL JAZEERA SYAHID DALAM SERANGAN ISRAEL

DUNIA

ANAS AL-SHARIF DAN EMPAT KAKITANGAN AL JAZEERA SYAHID DALAM SERANGAN ISRAEL

GAZA: Syarikat Media, Al Jazeera melaporkan bahawa dua wartawannya, termasuk seorang pemberita terkenal serta tiga jurukamera telah terbunuh dalam serangan Israel terhadap khemah mereka di Bandar Gaza pada Ahad.

Wartawan Al Jazeera, Anas al-Sharif

GAZA: Syarikat Media, Al Jazeera melaporkan bahawa dua wartawannya, termasuk seorang pemberita terkenal serta tiga jurukamera telah terbunuh dalam serangan Israel terhadap khemah mereka di Bandar Gaza pada Ahad.

Tentera Israel mengakui dalam satu kenyataan bahawa mereka telah menyasarkan Anas al-Sharif, pemberita yang dilabel sebagai “pengganas” yang dikaitkan dengan Hamas.

Serangan itu adalah yang terbaru dalam siri insiden yang menyaksikan wartawan menjadi sasaran sepanjang perang 22 bulan di Gaza, dengan kira-kira 200 petugas media terbunuh sepanjang konflik tersebut, menurut badan pemantau media.

“Wartawan Al Jazeera, Anas al-Sharif telah terbunuh bersama empat rakan sekerja dalam serangan terancang Israel terhadap khemah yang menempatkan wartawan di Bandar Gaza.

“Anas, 28, terbunuh pada Ahad selepas khemah wartawan di luar pintu utama sebuah hospital terkena serangan. Wartawan terkenal Al Jazeera Bahasa Arab itu dilaporkan banyak membuat liputan dari utara Gaza,”  kata penyiar yang berpangkalan di Qatar itu.

Menurut Al Jazeera empat lagi kakitangannya yang terbunuh dikenali sebagai Mohammed Qreiqeh serta jurukamera Ibrahim Zaher, Mohammed Noufal dan Moamen Aliwa.

Sementara itu Tentera Israel mengaku melakukan serangan itu dengan menuduh Anas sebagai “pengganas” yang “menyamar sebagai wartawan”..

“IDF telah menyerang Anas Al-Sharif, yang menyamar sebagai wartawan untuk rangkaian Al Jazeera,” kata Zionis.

Anas merupakan antara wajah terkenal untuk saluran Al Jazeera yang bertugas di lapangan di Gaza untuk melaporkan kekejaman dan konflik di bandar itu. — AlHijrah Online / AFP


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading