Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT MAUT, SEORANG CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI GUA MUSANG

DALAM NEGARA

EMPAT MAUT, SEORANG CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DI GUA MUSANG

Empat maut termasuk dua kanak-kanak, manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Utama, Felda Chiku 1 di Kelantan pagi tadi.

Sumber: JBPM

KOTA BAHRU: Empat maut termasuk dua kanak-kanak, manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Utama, Felda Chiku 1 di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.07 pagi sebelum menghantar anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 9.34 pagi, didapati sebuah kereta Honda bertembung dengan lori treler menyebabkan lima mangsa dalam kereta tersepit.

“Pemandu lori selamat manakala seorang wanita dewasa yang memandu kereta berada dalam keadaan nazak dan empat lagi penumpang termasuk dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan manakala mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nik Mohd Fakri Md Nawi dengan kekuatan 10 anggota itu menggunakan jentera FRT, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan FRV Triton, sebelum operasi tamat sepenuhnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading