Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH HAJI MALAYSIA BERJAYA DISELAMATKAN DARIPADA SERANGAN JANTUNG

DALAM NEGARA

JEMAAH HAJI MALAYSIA BERJAYA DISELAMATKAN DARIPADA SERANGAN JANTUNG

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Zurina Mat Hussin, 60 tahun yang merupakan jemaah dari Terengganu, mengalami serangan jantung ketika menunaikan ibadah haji.

MAKKAH: Seorang jemaah haji wanita Malaysia berjaya diselamatkan pasukan perubatan Arab Saudi selepas mengalami serangan jantung ketika di Tanah Suci.

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Zurina Mat Hussin, 60 tahun yang merupakan jemaah dari Terengganu, mengalami serangan jantung ketika menunaikan ibadah haji.

Wanita warga emas itu telah mendapatkan rawatan jantung di King Abdullah Medical City, di Makkah.

“Sebaik sahaja prosedur tersebut berjaya dijalankan, pesakit tersebut telah diletakkan di bawah program pemantauan kesihatan jarak jauh Kerajaan Arab Saudi melalui Hospital Maya Seha.

“Keadaan beliau kini dipantau secara berterusan menggunakan peranti pintar pemantau jantung.

Dengan rawatan segera yang diterima, pesakit kini dapat meneruskan manasik haji dengan selamat, sementara kesihatannya terus dipantau dari jauh oleh pasukan perubatan maya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Lembaga Tabung Haji (TH) berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang memberi komitmen sepenuhnya terhadap kesihatan dan kebajikan jemaah haji.

“Dengan penggunaan teknologi canggih, tentunya mampu merawat pesakit agar mereka dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna, Insyaallah,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading