Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH HAJI MALAYSIA KE-10 MENINGGAL DUNIA DI TANAH SUCI

DALAM NEGARA

JEMAAH HAJI MALAYSIA KE-10 MENINGGAL DUNIA DI TANAH SUCI

Allahyarham Abdul Malik Sudin, 62, menjadi jemaah haji ke-10 yang meninggal dunia di Tanah Suci bagi musim haji 1446H/2025M kali ini.

MAKKAH: Seorang lagi jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital King Abdullah, di sini, akibat serangan jantung.  

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Allahyarham Abdul Malik Sudin, 62, menjadi jemaah haji ke-10 yang meninggal dunia di Tanah Suci bagi musim haji 1446H/2025M kali ini.

“Allahyarham merupakan jemaah dari Maktab 90A yang menginap di bangunan Rehab Al-Janadriyah. 

“Allahyarham juga telah selesai menjalani ibadah wukuf di Arafah pada Khamis lalu,” katanya kepada media selepas Program Majlis Penutupan Musim Haji 1446H oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di sini, malam tadi.

Isteri Allahyarham yang berada di Tanah Suci serta waris di tanah air telah dimaklumkan, ujar Mohd Na’im.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata TH akan menguruskan dan segala perkara yang perlu dilaksanakan untuk menyempurnakan jenazah Allahyarham.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading