BATU PAHAT: Johor akan melaksanakan kempen semakan arah kiblat bagi memastikan tiada kekeliruan dalam menentukan perkara itu turut berlaku di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata kempen menyemak arah kiblat itu akan bermula minggu depan dengan fasa pertama melibatkan premis kerajaan dan sekolah di semua 10 daerah di Johor.
Beliau berkata kempen berkenaan yang akan digerakkan oleh satu jawatankuasa khas dianggotai pelbagai agensi termasuk Jabatan Agama Islam, akan memastikan arah kiblat di semua premis itu adalah tepat.
“Kita mengambil nasihat daripada Datuk Dr Nooh Gadut bahawa sekalipun negeri itu (yang berlaku salah arah kiblat) bukan negeri Johor, tapi selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, saya bersama agensi berkaitan akan menggerakkan kempen semakan arah kiblat bersama.
“… saya percaya hal ini boleh dilakukan dengan kerjasama pejabat agama daerah, masjid dan surau dan mereka ini diberi latihan supaya mereka juga dapat membantu penduduk kampung, taman supaya menyemak semula arah kiblat masing-masing,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Parit Puasa, di sini hari ini.
Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah itu berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan berhubung salah arah kiblat dan meminta orang ramai yang keliru supaya menghubungi jabatan agama berhubung isu itu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Nooh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang akan memanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Majlis Agama Negeri berhubung isu arah kiblat tersasar yang dibangkitkan baru-baru ini.
Ia susulan pemeriksaan Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor yang mendapati hanya 5,000 kediaman atau premis yang diperiksa ada penanda arah kiblat ditandai tuan rumah dengan kira-kira 2,000 daripadanya terpesong. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked