Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAMAR RAYUAN ICC TOLAK PERMOHONAN BATALKAN WARAN TANGKAP NETANYAHU DAN GALLANT

DUNIA

KAMAR RAYUAN ICC TOLAK PERMOHONAN BATALKAN WARAN TANGKAP NETANYAHU DAN GALLANT

Kamar Rayuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis menolak permohonan untuk membatalkan atau menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant.

Gambar FAIL

THE HAGUE: Kamar Rayuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis menolak permohonan untuk membatalkan atau menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), dalam kenyataannya pada Khamis, ICC menjelaskan bahawa walaupun ia menerima rayuan Israel untuk pertimbangan semula mengenai bidang kuasa Mahkamah terhadap jenayah yang dilakukan di wilayah Palestin, keputusan itu tidak menjejaskan waran tangkap yang masih berkuat kuasa.

Isu bidang kuasa, menurut kamar itu, berkaitan sama ada ICC boleh mendakwa individu bagi jenayah yang didakwa dilakukan di Gaza dan Tebing Barat, kawasan yang kedaulatan dan kemerdekaan Palestin masih dipertikaikan.

Keputusan itu mengarahkan supaya isu bidang kuasa dikembalikan kepada Kamar Praperbicaraan ICC, yang pada asalnya mengeluarkan waran tangkap pada 21 Nov 2024. Kamar Praperbicaraan sebelum ini mendapati ada asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Gallant bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Kamar itu menegaskan bahawa waran tangkap tersebut tetap sah dan tidak terjejas oleh semakan bidang kuasa, yang kini akan diteruskan dengan pemeriksaan lanjut terhadap hujah undang-undang Israel. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading