Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK DITEMUKAN MATI DENGAN KESAN JERUT BUKAN MANGSA DERA

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK DITEMUKAN MATI DENGAN KESAN JERUT BUKAN MANGSA DERA

BATU PAHAT: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang ditemukan mati dengan kesan jerut di leher dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng di sini, Khamis lepas didapati bukan mangsa penderaan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai kecederaan lampau pada badannya.

“Tiada tanda-tanda mangsa mengalami penderaan kerana tidak mempunyai kesan kecederaan lampau di tubuh badannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat dijerut di lehernya.

Katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata polis menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 4.55 petang Khamis sebelum menahan ibu mangsa berusia 34 tahun bagi membantu siasatan. — Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading