Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HARGA MINYAK MASAK DIJANGKA TURUN DUA MINGGU LAGI

DALAM NEGARA

HARGA MINYAK MASAK DIJANGKA TURUN DUA MINGGU LAGI

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pihaknya telah memanggil semua pengilang yang terlibat termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOC) pada Selasa lepas sebagai badan yang mengawal kuota dan lesen pengilang.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas mengadakan
tinjauan harga barangan makanan di sekitar Pasar Tani di Pasar Ketereh. –BERNAMA

KOTA BHARU– Harga minyak masak tidak bersubsidi dijangka turun dalam tempoh dua minggu lagi, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pihaknya telah memanggil semua pengilang yang terlibat termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOC) pada Selasa lepas sebagai badan yang mengawal kuota dan lesen pengilang.

“Selepas dua minggu dari tarikh saya bertemu mereka, saya mahu tengok harga minyak turun.

“Saya tidaklah memaksa, cuma pada masa ini saya mahu industri ada rasa tanggungjawab dan jangan biarkan kerajaan terkial-kial dengan masalah sebab akhirnya syarikat juga yang menentukannya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan harga barangan di Pasar Ketereh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Annuar berkata pihak industri telah bersetuju untuk menurunkan harga minyak masak dan pengilang yang terbabit membayangkan penurunan harga itu akan dipendekkan secara berperingkat iaitu lima hingga 10 peratus. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading