Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK LIMA TAHUN MAUT TERJATUH DARI TINGKAT SEMBILAN

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK LIMA TAHUN MAUT TERJATUH DARI TINGKAT SEMBILAN

Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu terjatuh dari balkoni dapur rumahnya dan semasa kejadian, ibu dan adiknya berada di rumah.

Sumber gambar : Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan Flat Sri Sabah dekat Cheras, kira-kira 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam pada 11.54 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu terjatuh dari balkoni dapur rumahnya dan semasa kejadian, ibu dan adiknya berada di rumah.

“Ibu mangsa tidak menyedari mangsa berada di dapur. Mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata kes sedang disiasat lanjut mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya mengawasi anak-anak dengan baik supaya tidak berlaku perkara tidak diingini serta menyeru orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165 881,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading