BOMBA BANTU TERBANGKAN KANAK-KANAK DEMAM PANAS KE HOSPITAL

GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami demam panas diterbangkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan helikopter ke Hospital Gua Musang, semalam.

Taqif Tarzin yang berusia dua tahun itu difahamkan telah mengalami demam panas sejak tiga hari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Unit Udara JBPM melakukan penerbangan ihsan ke Pos Simor untuk membawa kanak-kanak itu dengan menggunakan helikopter Agustwa Westland 139 bersama lima anggotanya.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata, penerbangan itu diketuai Penguasa Bomba Faridullahamin Mohd Noh dan dibantu Penolong Juruterbang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zukhairee Zabidi serta tiga anggota lain.

“Kami mendarat di Gua Musang jam 11.50 pagi. Pesakit dipindahkan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan.—AlHijrah Online

Leave a Reply