Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

DALAM NEGARA

PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN ISLAM DAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

KUALA LUMPUR: “Perjuangan mempertahankan Islam dan negara merupakan tanggungjawab kita bersama.”

Gambar Fail

KUALA LUMPUR: “Perjuangan mempertahankan Islam dan negara merupakan tanggungjawab kita bersama.”

Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad di Facebooknya selepas berkongsi petikan nasihat seorang ulama Melayu yang terlibat dalam penetapan tarikh kemerdekaan negara melalui kemahirannya dalam ilmu falak iaitu Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim.

Petikan amanat Syeikh Abdullah itu antara isi kandungan teks khutbah Jumaat bertajuk ‘Keluarga Malaysia: Teguh Bersama’ yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.

“Bila kita merdeka, jangan ada pemimpin ambil kesempatan buat kekayaan di atas belakang rakyat. Orang Melayu wajib berjuang kerana bangsa tapi kebangsaan tidak boleh tolak Islam.

“Orang Islam perlu memperbaiki perselisihan sesama mereka dan setelah berdamai diharapkan berkekalan. Inilah satu-satunya senjata yang boleh menguatkan kedudukan orang Islam dan orang Melayu.

“Kalau Orang Melayu beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita. Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat yang baik, sentiasa dalam keredhaan Allah. Sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak, akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina,” pesan Syeikh Abdullah.

Idris memaklumkan nasihat tersebut membangkitkan semangat cintakan negara. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading