Connect with us

ALHIJRAH NEWS

CHINA SERU MASYARAKAT ANTARABANGSA BANTU TANGANI ISU PALESTIN

DALAM NEGARA

CHINA SERU MASYARAKAT ANTARABANGSA BANTU TANGANI ISU PALESTIN

Zhang berharap ‘penyelesaian dua negara’ dapat segera dimuktamadkan untuk memastikan rakyat Palestin dapat kembali semua hak mereka dan merealisasikan kewujudan Palestin dan Israel yang harmoni , demi keamanan di rantau Asia Barat.

Sumber gambar : AFP

BEIJING: Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak secara substantif untuk membantu menyelesaikan isu Palestin secepat mungkin.

Berucap pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB yang membincangkan mengenai isu Palestin pada Khamis, beliau berkata konflik Gaza yang meletus pada Ogos lalu telah mengakibatkan kematian dan kecederaan ratusan penduduk, serta kerosakan infrastruktur.

Justeru, Zhang berkata pelbagai pihak terlibat perlu menghentikan tindakan yang boleh menambah ketegangan dan sebaliknya mencari jalan bagi meredakan ketegangan.

Beliau mencadangkan Palestin dan Israel untuk berunding dan mencapai kesepakatan serta menghentikan mengambil tindakan secara sepihak.

Zhang berharap ‘penyelesaian dua negara’ dapat segera dimuktamadkan untuk memastikan rakyat Palestin dapat kembali semua hak mereka dan merealisasikan kewujudan Palestin dan Israel yang harmoni , demi keamanan di rantau Asia Barat. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading