Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GARA-GARA GURAUAN, REMAJA LELAKI MAUT DALAM KEBAKARAN

DALAM NEGARA

GARA-GARA GURAUAN, REMAJA LELAKI MAUT DALAM KEBAKARAN

SHAH ALAM: Gara-gara ingin bergurau dengan rakan membawa padah apabila seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam petang semalam.

Lokasi remaja lelaki ditemui maut dalam kebakaran. — Facebook

SHAH ALAM: Gara-gara ingin bergurau dengan rakan membawa padah apabila seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.35 petang dan apabila tiba di lokasi didapati api telah padam serta menemukan Muhamad Damin Mikhail Kansol, 16, yang rentung di tandas awam.

“Bomba seterusnya mengeluarkan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata hasil maklumat saksi dan dua rakan kepada mangsa, mereka bertiga sedang melepak dan bermain game di dalam tandas tersebut manakala mangsa sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas.

Norazam berkata rakan mangsa telah menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau dan setelah asap tebal dan api semakin besar dua rakan mangsa telah lari ke luar tandas.

“Manakala mangsa yang tersedar dari tidur berada dalam keadaan separa sedar dan melarikan diri ke dalam tandas,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading