Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SAMAKAN UNDI DENGAN WUDUK BOLEH JEJAS AKIDAH – SYEIKH WAZIR

DALAM NEGARA

SAMAKAN UNDI DENGAN WUDUK BOLEH JEJAS AKIDAH – SYEIKH WAZIR

Syeikh Wazir Che Awang mengingatkan bahawa menyamakan perbuatan mengundi dengan wuduk sebagai wahyu daripada Allah SWT boleh menjejaskan akidah sekiranya seseorang beriktikad sedemikian.

KUALA LUMPUR: Menyamakan perbuatan mengundi mana-mana parti politik dengan wuduk sebagai wahyu daripada Allah SWT boleh membawa kepada kerosakan akidah sekiranya seseorang beriktikad sedemikian.

Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Tuan Guru Syeikh Wazir Che Awang al-Makki berkata, wuduk merupakan ibadah yang disyariatkan Allah SWT sedangkan amalan mengundi adalah ciptaan manusia.

“Adapun memangkah atau mengundi adalah rekaan manusia semata-mata.

“Oleh itu menyamakan memangkah mana-mana parti dalam mana-mana pilihan raya dengan wudu, sebagai wahyu daripada Allah Subhanahu wa-Ta’ala adalah satu kesesatan yang boleh membawa kepada kerosakan akidah seseorang jika seseorang itu beri’tiqad sedemikian,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Profesor Adjung (Industri) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merujuk kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Ma’idah ayat 6 yang menjelaskan tuntutan berwuduk sebelum menunaikan solat.

“Ayat ini adalah ayat wuduk yang Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah turunkan kepada Nabi kita, Muhammad SAW.

“Ia mengertikan bahawa wuduk itu adalah wahyu daripada Allah Subhanahu wa-Ta’ala, bukan sesuatu rekaan manusia semata-mata,” jelasnya.

Sebelum ini wujud saranan oleh kepimpinan tinggi sebuah parti politik yang mewajibkan ahlinya mengundi dengan menggunakan analogi wuduk yang menjadi syarat sah solat bagi menjelaskan kewajipan mengundi dalam konteks kerjasama politik dan perpaduan umat Islam.

“Contohnya kita ambil wuduk, air sembahyang. Asalnya tak wajib. Tapi kalau sembahyang tu wajib, syarat sah sembahyang kena ada wuduk. Maka wuduk kerana nak sembahyang wajib.

“Begitulah perpaduan. Perpaduan ni wajib bagi orang Islam. Kita kena bersatu.

“Maka bersatu kerana nak dapat kuasa Islam adalah wajib termasuklah mengundi,” katanya seperti dilapor media. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top