Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SHUHAILY MASIH BERTUGAS DI AKPS, BELUM TERIMA ARAHAN KEMBALI KE PDRM

DALAM NEGARA

SHUHAILY MASIH BERTUGAS DI AKPS, BELUM TERIMA ARAHAN KEMBALI KE PDRM

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah AKPS kerana PDRM belum menerima sebarang arahan lanjut berhubung kemungkinan beliau dikembalikan ke pasukan itu.

AYER KEROH: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih menjalankan tugas seperti biasa susulan belum ada arahan lanjut berhubung kedudukannya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga masih belum menerima sebarang arahan sama ada Mohd Shuhaily akan dikembalikan ke pasukan itu.

“Setakat ini saya belum ada menerima apa-apa arahan berhubung dengan isu tersebut. Seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini, Datuk Seri Shuhaily adalah seorang pegawai polis yang menjalani kontrak selama dua tahun sebagai Ketua Pengarah AKPS.

“Pelantikan beliau dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya menunggu arahan lanjut sekiranya beliau dikembalikan kepada PDRM untuk tindakan seterusnya. Setakat ini belum ada lagi apa-apa arahan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas membuat lawatan di pusat mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin, Ayer Keroh.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya masih belum memutuskan pelantikan Ketua Pengarah baharu AKPS bagi menggantikan Mohd Shuhaily.

Beliau turut memberi jaminan operasi AKPS akan terus berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan keputusan mengembalikan Mohd Shuhaily ke pasukan asalnya, PDRM.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman juga telah diminta memberikan perhatian khusus bagi memastikan kelangsungan operasi agensi berkenaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top