Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAHASISWA BEBAS BERSUARA TERMASUK KRITIK PERDANA MENTERI – ANWAR

DALAM NEGARA

MAHASISWA BEBAS BERSUARA TERMASUK KRITIK PERDANA MENTERI – ANWAR

Mahasiswa akan diberi ruang lebih luas untuk bersuara termasuk mengkritik Perdana Menteri selagi tidak melanggar undang-undang, dengan pindaan AUKU dijangka dibentangkan di Parlimen dalam tempoh satu hingga dua minggu.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia membuka ruang seluas-luasnya kepada mahasiswa untuk menyuarakan pandangan dan teguran secara bebas termasuk mengkritik Perdana Menteri selagi tidak melanggar undang-undang atau berunsur keganasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi memansuhkan peraturan yang menyekat kebebasan bersuara mahasiswa akan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang.

Menurutnya, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi membolehkan langkah pemansuhan sekatan itu disegerakan.

“Baru-baru ini saya dah beritahu Menteri Pendidikan Tinggi, peraturan yang menyekat kebebasan mahasiswa berbicara itu harus dihapuskan.

“Jadi dalam tempoh satu dua minggu ini kita akan bentangkan di Parlimen,” katanya pada program Temu Anwar bersama Wira Muda Negara @ PLKN 3.0 di Cawangan Latihan Khidmat Negara 515 di sini hari ini.

Pada Ogos lalu, Anwar mengumumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU kerana meskipun beberapa pindaan telah dibuat sebelum ini, ia masih belum memenuhi sepenuhnya kehendak dan aspirasi mahasiswa.

AUKU telah dipinda sebanyak tujuh kali sejak diperkenalkan pada 1971 termasuk pindaan pada 2012 yang membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top